jk
Assalamualaikum,
duri nk kongsikan makna bacaan dalam solat dengan sahabat2 semua untuk kita
hayati, menjadikan kita khusyuk dalam solat dan menjadikan solat kita lebih
sempurna...InsyaAllah, semoga Allah menerima solat kita... Ameen...
Takbiratul
Ihram
Allah
Maha Besar
Doa
Iftitah
Allah
Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha
suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku
hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan
suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya
solatku,
Ibadatku,Hidupku,Matiku
Adalah
untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak
ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya
dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan
nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala
puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang
maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang
menguasai hari pembalasan.
Hanya
Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah
kami jalan yang lurus.
Iaitu
jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan
mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan
ketika rukuk
Maha
Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan
ketika bangun dari rukuk
Allah
mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan
ketika i'tidal
Wahai
Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan
ketika sujud
Maha
suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan
ketika duduk di antara dua sujud
Ya
Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah
daku,
Kayakan
daku,
Angkatlah
darjatku,
Rezekikan
daku,
Berilah
aku hidayah,
Sihatkanlah
daku dan
Maafkanlah
akan daku.
Bacaan
ketika Tahiyat Awal
Segala
penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera
atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera
ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku
naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya
Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan
ketika Tahiyat Akhir
Segala
penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera
atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera
ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku
naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya
Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana
Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah
ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas
Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa
Qunut
Ya
Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah
aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah
aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah
hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah
aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya
hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa
menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya
tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan
tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah
memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya
untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau
tetapkan.
Dan
aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan
Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya.
~janji2
kita terdapat dalam doa iftitah yang kita baca....dalam solat kita memuji2
kebesaran Allah, dan memohon serta meminta kepadaNya...kita juga akan
memperbaharui syahadah kita...saya berdoa agar, saya dimatikan dalam keadaan sebagai
islam yang sejati..dan saya menutup mata dengan cara yang baik....Amin....di
dalam solat inilah saya mendapat ketenangan, dan selepas solat bermohon dan
minta lah apa sahaja pada Allah...insan yang selalu bersama saya, selalu
mengingatkan saya untuk berdoa walau dalam apa jua keadaan...katanya, bila kita berdoa, serahkanlah segalanya kepada Allah
tanpa sedikit pun keraguaan padaNya...insyaAllah Allah akn makbulkan, dan jika
tidak itu lah yang terbaik buat saya...terima kasih kerana sudi membaca apa yang
saya cuba kongsikan ini..
salam
kasih dari Allah untuk kalian..wassalam..~
No comments:
Post a Comment