![]() |
Pada suatu hari, Rasulullah
s.a.w berjalan-jalan bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di
bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu,
kakinya berdarah lalu mengadu
kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada
bapanya apalah gunanya pohon semalu
itu berada di situ dengan nada
yang sedikit marah. Rasulullah
dengan tenang berkata kepada
puteri kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu itu
amat berkait rapat dengan wanita.
Fatimah terkejut. Rasulullah
menyambung kata-katanya lagi. Para
wanita hendaklah mengambil
pengajaran daripada pohon semalu ini
dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan
kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu
mempunyai perasaan malu (pada
tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri
yang tajam untuk mempertahankan
dirinya. Oleh itu, wa nita perlu
tahu mempertahankan diri dan
maruah sebagai seorang wanita
muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai
akar tunjang yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna
wanita solehah hendaklah
mempunyai keterikatan yang
sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan
kuncup dengan sendirinya apabila
senja menjelang. Oleh itu, para
wanita sekalian, kembalilah ke
rumahmu apabila waktu semakin
senja.
Ambillah pengajaran dari semalu
walau pun ia hanya sepohon
tumbuhan yang kecil.
p/s: renung-renungkan dan
selamat beramal.....
(Sekadar Perkongsian dari Duri
Semalu Maratussolehah)


