Sanggupkah dikau menjadi suamiku?
Dengan
Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Wahai
Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Jika
engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika
engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti akan
mengecewakanmu..
Jika
engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika
engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..
Wahai
Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Sebelum
benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..
Adakah
engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu untuk
kita bersama-sama munajat padaNya..
Adakah
engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku
kerana ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid..
Adakah
engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak
merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis
taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..
Adakah
engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..
Adakah
engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan
tugasku di luar..
Adakah
engkau sanggup jika ketika engkau di rumah, aku sering meminta izin untuk
keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin
meneruskan medan perjuanganku..
Adakah
engkau sanggup jika setiap isnin & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..
Adakah
engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam
kehidupan kita..
Adakah engkau
sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..
Adakah
engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang
untuk majlis ilmu..
Adakah
engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana
ia mungkin akan mengganggumu..
Adakah
engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua
kita..
Adakah
engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW
& perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..
Adakah
engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada
anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..
Adakah
engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika
kita berjalan bersama..
Adakah
engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang bertudung labuh, berbaju
longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain..
Adakah
engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..
Adakah
engkau sanggup jika layananku kekok padamu..
Adakah
engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga
yang lain untuk dirimu..
Adakah
engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???
Wahai
Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Aku tahu
bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari persepsiku…
Sememangnya
benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan
dirimu…tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua
adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..pernikahan jua adalah jalan untuk kita
melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..sememangnya aku akan berusaha
semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap
suamiku tika itu..namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan
segala apa yang ku perjuangkan kini…aku memberitahu segala ini terlebih awal
kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar
terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau
mencari yang terbaik untuk dirimu..kerana cukuplah Allah bagiku..mungkin
bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi
sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang
terbaik..dalam rumahtangga kita pasti ada senda guraunya..Cuma aku mungkin akan
lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalanNya..kerana telah ku pilih
jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..dan ku bermohon
semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku
seadanya~
Dunia ini
sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan
pernikahan yang sah atas namaNya..tidak ku mengharapkan engkau seorang yang
terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba
Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan
tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan
bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang
utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia~
Sekian warkah khas untukmu wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..

No comments:
Post a Comment